(J) Kriteria permohonan IMPAK adalah seperti berikut;
Terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Wanita warganegara berumur 18 tahun & ke atas; DAN
ii. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor; DAN
iii. Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan di rumah (dalam Selangor); DAN
iv. Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta.
2. (S) Dimanakah permohonan boleh dibuat?
(J) Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi YAWAS dengan memilih butang IMPAK
3. (S) Dimanakah kursus akan dilaksanakan?
(J) Kursus akan dilakukan di hotel-hotel terpilih sekitar Selangor
(J) Kursus akan berjalan selama 2 hari 1 malam
4. (S) Apakah manfaat yang diperolehi dengan menyertai program IMPAK ini?
(J) Manfaat yang akan diterima peserta yang menyertai program ini ialah:
a. Terima sijil penyertaan setelah selesai hadiri kursus.
b. Layak dimasukkan ke dalam sistem carian pengasuh di aplikasi i-Asuh
c. Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk terma dan syarat)
5. (S) Sekiranya saya mendapat panggilan untuk menghadiri kursus tersebut, tetapi saya tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, adakah pihak YAWAS akan dipanggil semula pada tarikh yang lain?
(J) YAWAS akan memanggil peserta pada kursus yang lain sekiranya peserta telah maklumkan lebih awal mengenai kekangan tersebut (3 hari sebelum kursus)
(J) Akan tetapi, jika maklumkan ketidakhadiran pada hari kursus dilaksanakan, anda akan disenaraihitam dari menyertai kursus yang akan datang
6. (S) Bolehkah saya memohon sekiranya saya lahir di Selangor, tetapi bukan pengundi Selangor?
(J) Tidak boleh. Permohonan hanya tertakluk kepada pengasuh yang mengundi & menetap di Selangor sahaja.
7. (S) Adakah saya perlu mendapatkan pengesahan mastautin bagi permohonan ini?
(J) Bagi permohonan IMPAK Selangor ini, pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan mastautin.
8. (S) Saya sedang menjalankan aktiviti mengasuh dan tidak pernah mendaftar di bawah JKM. Adakah saya boleh mengikuti kursus IMPAK Selangor?
(J) Sangat digalakkan bagi pengasuh-pengasuh di Selangor yang tidak pernah mengikuti mana-mana kursus berkaitan pengasuhan untuk memohon program IMPAK Selangor ini.