Selamat Datang Ke Laman Sesawang IMPAK

ILTIZAM PENJAGAAN DAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(IMPAK) SELANGOR

Merupakan satu program yang menyediakan
latihan/kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan.


  • 00

    +

    Peserta berdaftar

  • 00

    +

    Kursus telah dijalankan

  • 00

    +

    Penerima Geran

  • 00

    +

    Pengasuh i-Asuh

Pengenalan

Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (IMPAK) Selangor

Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Selangor merupakan satu program yang menyediakan latihan/kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan kepada semua pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan.


Selain itu, program ini juga ingin mengumpulkan sebanyak mungkin senarai data pengasuh di rumah yang masih aktif di dalam Negeri Selangor.


Semakan

Syarat Permohonan IMPAK

Program IMPAK kini dibuka untuk semua wanita yang bersemangat dalam bidang pengasuhan dan ingin meningkatkan kemahiran!

Program ini menawarkan peluang keemasan kepada wanita warganegara yang menepati kriteria berikut:

  • Umur 18 tahun dan ke atas.
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor
  • Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan di rumah (dalam kawasan Negeri Selangor).
  • Belum pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana agensi lain.

Maklumat Penting yang Perlu Diketahui:
  • Kebenaran Paparan Data: Pemohon dimohon untuk bersetuju maklumat peribadi mereka dipaparkan dalam aplikasi YAWAS bagi tujuan program.
  • Lokasi Pengasuhan: Tempat perkhidmatan pengasuhan anda WAJIB berada dalam kawasan Negeri Selangor.
  • Keutamaan: Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Sertai Program IMPAK dan jadilah pengasuh komuniti yang lebih berdaya saing!

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk memohon Program IMPAK:

  1. Pendaftaran Melalui Aplikasi: Pemohon wajib membuat pendaftaran melalui aplikasi YAWAS.
  2. Pilih Butang IMPAK: Dalam aplikasi YAWAS, sila pilih butang IMPAK.
    Nota: Butang IMPAK hanya akan dipaparkan sekiranya permohonan baharu bagi siri kursus telah dibuka.
  3. Lengkapkan Maklumat: Sila isikan semua maklumat & dokumen yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.

Perhatian dan Syarat Penyertaan

  1. Kuota Terhad: Jumlah peserta bagi setiap siri kursus adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
  2. Proses Pemilihan: Pemohon yang berjaya disenarai pendek untuk mengikuti kursus akan dihubungi oleh pegawai program selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
  3. Penyertaan Sekali Sahaja: Setiap pemohon yang berjaya hanya layak untuk menghadiri satu (1) siri kursus sahaja.
  4. Syarat Penerimaan Manfaat:
    - Pemohon wajib hadir kursus yang ditetapkan.
    - Pemohon perlu menghadiri sepenuh masa program yang disediakan sepanjang kursus.
    - Kegagalan untuk mematuhi mana-mana syarat ini akan menyebabkan pemohon tidak layak untuk menerima manfaat di bawah Program IMPAK.

Jangan Lepaskan Peluang!

Muat turun aplikasi YAWAS sekarang di platform mudah alih anda untuk memulakan pendaftaran Program IMPAK dan merebut peluang menjadi sebahagian daripada pengasuh komuniti yang terlatih!

Senarai Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Semakan Daftar Pengundi (SPR)
  • Perlu di upload semasa pendaftaran dibuat dalam aplikasi

Manfaat

Peserta yang berjaya menamatkan kursus IMPAK akan menikmati pelbagai manfaat bernilai yang dirangka khas untuk meningkatkan profesionalisme anda sebagai pengasuh komuniti:

  • Peningkatan Ilmu dan Kemahiran: Anda akan menimba ilmu dan panduan praktikal terus daripada Pengendali Kursus yang berpengalaman luas dalam bidang pengasuhan.
  • Sijil Penyertaan Rasmi: Sijil penyertaan yang sah akan diberikan setelah anda selesai menghadiri keseluruhan kursus.
  • Akses Kepada Pelanggan: Anda akan layak dimasukkan ke dalam sistem carian pengasuh di aplikasi i-Asuh, sekali gus meningkatkan peluang anda mendapatkan anak asuhan baharu.
  • Peluang Geran Khas: Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000.00 bagi membantu aktiviti pengasuhan anda. (Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan).

Maklumat Penting:

Penerima Manfaat Yang Layak:

Manfaat ini hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya hadir kursus dari awal hingga akhir tanpa sebarang kegagalan.


Penalti Ketidakhadiran:

Peserta yang gagal menghadiri sepenuh masa program yang telah ditetapkan:

  • Tidak akan mendapat sebarang manfaat di bawah Program IMPAK.
  • Tidak akan berpeluang untuk dijemput hadir ke siri program/kursus IMPAK yang seterusnya.

Geran IMPAK

Syarat Kelayakan & Penyerahan Geran IMPAK


Peserta yang layak menerima Geran IMPAK bernilai RM2,000.00 perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Wajib hadir kursus yang dianjurkan dari awal hingga tamat program.
  • Bersedia melalui proses penilaian yang akan dibuat sebelum, semasa dan selepas kursus dijalankan.
  • Memberikan kerjasama sepanjang proses permohonan dan kursus berlangsung serta memberikan komitmen tinggi dalam aktiviti-aktiviti dilaksanakan.
  • Tersenarai dalam peserta yang mendapat markah penilaian tertinggi yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik.

Proses Pemberian Geran

  • Peserta yang berjaya disenaraikan untuk menerima Geran akan dihubungi secara rasmi selepas proses penilaian keseluruhan selesai.
  • Geran akan diberikan secara tunai bernilai RM2,000.00.
  • Satu Majlis Penyerahan Geran akan dianjurkan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.

Keputusan Muktamad

Semua keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan adalah muktamad. Sebarang perubahan pada syarat dan proses adalah tertakluk di peringkat pengurusan YAWAS.

Carta Aliran Proses Program IMPAK

Maklumat & Persediaan Kursus

Berikut adalah maklumat penting berkaitan kehadiran dan jadual kursus yang perlu dipatuhi oleh semua peserta yang berjaya:


Kehadiran dan Jadual Kursus

Kursus ini akan dijalankan selama dua (2) hari mengikut jadual berikut:

  • Sabtu: 8:00 pagi – 10:30 malam
  • Ahad: 9:00 pagi – 4:30 petang

Notifikasi Ketidakhadiran

  • Sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh kursus yang ditetapkan, anda perlu memaklumkan kepada pihak YAWAS dengan kadar segera dalam tempoh tiga (3) hari sebelum kursus dijalankan

Komunikasi

  • Satu kumpulan WhatsApp akan diwujudkan bagi memudahkan penyampaian semua maklumat rasmi berkaitan kursus, termasuk lokasi, bahan dan sebarang kemas kini.
  • FAQ PROGRAM

    Soalan Lazim

    1. Siapakah yang layak memohon?

  • Wanita warganegara berumur 18 tahun & ke atas; DAN
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor; DAN
  • Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan di rumah (dalam Selangor); DAN
  • Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta
  • 2. Dimanakah permohonan boleh dibuat?

    Pendaftaran Melalui Aplikasi: Pemohon wajib membuat pendaftaran melalui aplikasi YAWAS.

    Pilih Butang IMPAK: Dalam aplikasi YAWAS, sila pilih butang IMPAK.


    *Nota:

    Butang IMPAK hanya akan dipaparkan sekiranya permohonan baharu bagi siri kursus telah dibuka.

    3. Dimanakah kursus akan dilaksanakan?

  • Kursus akan dilakukan di hotel-hotel terpilih sekitar Selangor
  • Kursus akan berjalan selama 2 hari 1 malam
  • 4. Apakah manfaat yang diperolehi dengan menyertai program IMPAK ini?

    Antara manfaat yang akan diperolehi adalah :

  • Anda akan menimba ilmu dan panduan praktikal terus daripada Pengendali Kursus yang berpengalaman luas dalam bidang pengasuhan.
  • Sijil penyertaan yang sah akan diberikan setelah anda selesai menghadiri keseluruhan kursus.
  • Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk terma dan syarat)
  • Anda akan layak dimasukkan ke dalam sistem carian pengasuh di aplikasi i-Asuh, sekali gus meningkatkan peluang anda mendapatkan anak asuhan baharu.
  • Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000.00 bagi membantu aktiviti pengasuhan anda. (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • 5. Sekiranya saya mendapat panggilan untuk menghadiri kursus tersebut, tetapi saya tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, adakah pihak YAWAS akan dipanggil semula pada tarikh yang lain?

    Pihak YAWAS boleh mempertimbangkan untuk memanggil anda semula untuk siri kursus yang akan datang, dengan syarat:

  • Anda telah memaklumkan mengenai kekangan dihadapi kepada pihak YAWAS dengan kadar segera, iaitu tiga (3) hari sebelum tarikh kursus dijalankan.
  • Amaran Penting

  • Jika pemakluman ketidakhadiran dilakukan pada hari kursus atau tanpa notis awal, permohonan anda akan disenaraihitam dari menyertai mana-mana kursus IMPAK yang akan datang.
  • 6. Bolehkah saya memohon sekiranya saya lahir di Selangor, tetapi bukan pengundi Selangor?

    Tidak boleh. Permohonan hanya tertakluk kepada pengasuh yang mengundi & menetap di Selangor sahaja.

    7. Adakah saya perlu mendapatkan pengesahan mastautin bagi permohonan ini?

    Bagi permohonan IMPAK Selangor ini, pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan mastautin.

    8. Saya sedang menjalankan aktiviti mengasuh dan tidak pernah mendaftar di bawah JKM. Adakah saya boleh mengikuti kursus IMPAK Selangor?

    Ya. sangat digalakkan!


    Program IMPAK Selangor diwujudkan khas untuk menggalakkan pengasuh-pengasuh di Selangor yang:

  • Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan di rumah.
  • Belum pernah mengikuti mana-mana kursus rasmi berkaitan pengasuhan.
  • Program ini adalah peluang terbaik untuk anda meningkatkan kemahiran secara profesional.

    Kursus/Program IMPAK yang telah dijalankan

    Galeri IMPAK

    Pengkongsian Aktiviti IMPAK yang telah dijalankan.

    3 Arahan Mudah

    Cara Permohonan IMPAK
    melalui Aplikasi YAWAS

    Carian Aplikasi
    YAWAS

    Sila layari browser peranti telefon anda dan buat carian YAWAS

    Muat turun Mengikut Model Peranti telefon

    Klik untuk muat turun aplikasi dan membuat pendaftaran

    Pendaftaran IMPAK

    Sila lengkapkan semua maklumat diri anda dengan tepat di dalam borang permohonan yang disediakan di aplikasi YAWAS.

    • Hubungi

    •      
    •  
    • Alamat Pejabat


    Untuk Aduan & Sebarang Pertanyaan, Sila klik disini